Monday, 23 June 2014

10 Amalan Yang Boleh Mengubah Kehidupan Anda |

“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci. 

2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin). 

Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)
3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh). 

Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)
4) Jaga solat dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha).

Rasulullah SAW bersabda:
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter’miss’ atau tertinggal walaupun sehari.

5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang). 

Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)
6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’).

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA:
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
7) Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda). 

Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT. 

Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.


9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati). 

Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya:
“Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.
Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata:
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT). 

Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:
“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin

Kelebihan seorang ibu, mustajab doa untuk anaknya

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij,yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"

Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.

Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij.Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmarasehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menlak dan meminta pondok seperti asalnya.

Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.



Banyak iktibar daripada kisah Juraij.

* Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.

* Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.

Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.

Ibu haru ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.

Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.

* Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.

Hukum Membuka AIB Orang

Assalamualaikum Warahmatullah. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi). Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain. Wallahualam. 
adalah dibenarkan utk buka aib orang pada empat keadaan iaitu : 1. orang yang dizalimi. Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku. 2. untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan. 3. Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan. Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam. 4. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.  
Allah swt berfirman: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ �Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui� (An-Nur:19).  

Pedoman menghadapi Musibah dan Dugaan Hidup

Tidaklah seorang muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ  Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun.
Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya.

Sebenarnya kita, Sahibul Musibah iaitu seseorang yang terkena musibah tidak tahu bahawa Allah amat sayang kepada kita, sebab itu Allah datangkan kepada kita dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah tahu kita adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianya, jika sebaliknya Allah tidak akan menguji kita jika kita hamba yang tidak mampu.

Bila kita ditimpa musibah, carilah Allah. mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa. Allah berfirman,
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali. 
(Al Baqarah 02:156)

Jadi, Bagaimanakah Islam memberikan Pedoman menghadapi Musibah dan Dugaan Hidup. Bagi sahibul musibah iaitu seseorang yang terkena musibah, Agama Islam memberikan Panduan Cara Islam melalui Ujian dari Allah sebagai pedoman sepertimana berikut:

IMAN DAN REDHA TERHADAP KETENTUAN (QADHA') ALLAH

Kita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT di Lauhul Mahfuz. Kita juga wajib menerima ketentuan Allah ini dengan berlapang dada (redha). Allah SWT berfirman:

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
(TMQ al-Hadid [57] : 22)

Oleh sebab itu, adalah tidak benar jika ada orang berkata, "gempa bumi itu terjadi kerana ada roh yang sedang marah". Sebaliknya, bencana itu berlaku kerana ia adalah ketentuan daripada Allah SWT dan bukannya ketentuan daripada sesiapa yang lain.

Kita wajib menerima takdir Allah ini dengan penuh redha, bukan dengan perasaan geram atau marah kepada Allah SWT misalnya dengan berkata, "Ya Allah, mengapa harus aku? Apakah dosaku ya Allah?". Sikap yang sedemikian adalah sangat biadap. Allah SWT berfirman :

"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang dilakukan, tetapi merekalah yang akan ditanya".
[TMQ al-Anbiyaa` (21) : 23]

SABAR MENGHADAPI MUSIBAH

Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk mengucapkanKalimat Istirja' Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun ketika berlaku musibah. Allah SWT berfirman :

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".
[TMQ al-Baqarah [2] : 155-156]

Oleh yang demikian, bersabarlah. Jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan. Ingatlah bahawa putus asa itu adalah su`uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su`uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Na'uzubillahi min zalik.

Secara realitinya, orang yang ditimpa musibah akan mudah sekali terjerumus untuk bersikap putus asa (surah ar-Rum ayat 36). Allah SWT menegaskan bahawa sikap tersebut adalah sikap yang kufur sebagaimana firmanNya :

"Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
[TMQ Yusuf (12) : 87]

MENGETAHUI HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

Seseorang Muslim yang mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa.

Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. Sabda Rasulullah SAW :

"Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya."
[HR Bukhari dan Muslim]

Seseorang Muslim yang mati ditimpa bangunan atau tembok akibat gempa bumi adalah tergolong sebagai orang yang mati syahid. Sabda Nabi SAW :

"Orang-orang yang mati syahid itu ada lima golongan; (1) orang yang terkena wabak penyakit taun, (2) orang yang terkena penyakit perut (disentri, kolera, dsb), (3) orang yang tenggelam, (4) orang yang ditimpa tembok/bangunan, dan (5) orang yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah."
[HR Bukhari dan Muslim]

"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang."
[HR Muslim]

Hikmah lain adalah jika anak-anak Muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga. Sabda Nabi SAW :

"Anak-anak kaum Muslimin (yang meninggal) akan masuk ke dalam syurga."
[HR Ahmad]

TETAP TERUS BERIKHTIAR

Maksud ikhtiar ialah tetap melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan dan menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul. Kita tidak disuruh untuk berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu dengan menunggu bantuan datang ketika musibah menimpa kita.

Beriman kepada ketentuan Allah bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita. Allah SWT berfirman :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
[TMQ ar-Ra'du (13) : 11]

Ketika berlakunya wabak penyakit di Syam, Umar bin Al-Khattab segera keluar dari negeri tersebut. Ketika ditanya kepadanya, "Adakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?". Lalu Umar menjawab, "Ya, aku lari daripada takdir Allah ini untuk menuju kepada takdir Allah yang lain."

Rasulullah SAW juga memberi petunjuk bahawa segala bahaya (kemudaratan) wajib untuk dihapuskan (dihindarkan). Misalnya ketiadaan logistik, tempat tinggal, masjid, sekolah dan sebagainya. Nabi SAW bersabda, 

"Tidak boleh menimbulkan bahaya bagi diri sendiri dan bahaya bagi orang lain."
[HR Ibnu Majah]

MEMPERBANYAKKAN BERDOA DAN BERZIKIR

Kita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas. Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: 

"Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa" (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.)
[HR Muslim]

Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan. Allah SWT berfirman :

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."
[TMQ ar-Ra'du (13) : 28]

Antara zikir yang dianjurkan adalah dengan beristighfar "Astaghfirullahal ‘azhim". Sabda Nabi SAW :

"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya."
[HR Abu Dawud]

BERTAUBAT

Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan sesat. Allah SWT berfirman :

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)."
[TMQ asy-Syuura (42) : 30]

Sabda Nabi SAW:
"Setiap anak Adam mempunyai kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat."
[HR at-Tirmidzi]

3 Rukun dalam melakukan Taubat Nasuha
  • Menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. 
  • Berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. 
  • Berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang. 

Jika dosa-dosanya berkaitan hubungan sesama manusia seperti belum membayar hutang, pernah memfitnah atau mengumpat seseorang, pernah menyakiti perasaan orang lain dan sebagainya, maka rukun taubat ditambah satu lagi iaitu menyelesaikan masalah urusan sesama manusia dan memohon maaf.

TETAP ISTIQAMAH DENGAN ISLAM


Dalam setiap musibah yang berlaku, akan wujud pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan niat yang jahat. Contohnya perbuatan kotor berbentuk keagamaan seperti kristianisasi. Cara-cara yang dilakukan adalah dengan memberikan bantuan logistik, perubatan, wang, rumah dan sebagainya.

Ketahuilah bahawa semua itu tidak diberikan dengan tulus melainkan terdapat niat yang keji disebaliknya. Niat orang-orang kafir itu adalah bertujuan untuk memurtadkan orang-orang Islam supaya menjadi penganut agama Kristian sebagai balasan atas bantuan dan jasa yang telah diberikan. Na`uzu billahi min dzalik.

Di sinilah seseorang Muslim itu dituntut untuk terus bersikap istiqamah, iaitu konsisten di atas satu jalan dengan mengamalkan kewajiban-kewajiban dan meninggalkan larangan-larangan (mulazamah al-thariq bi fi'li al-wajibat wa tarki al-manhiyyat). Allah SWT telah mewajibkan kita untuk beristiqamah :

"Maka tetaplah kamu (di jalan yang benar) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan orang yang telah bertaubat bersama kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan".
[TMQ Huud [11] : 112]

Muslim yang murtad (keluar daripada agama Islam) dan menjadi pemeluk Kristian (atau agama-agama lain yang lain) sebenarnya telah tertipu mentah-mentah baik di dunia mahupun di akhirat. Allah SWT berfirman :

"Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
[TMQ al-Baqarah [2] : 217]

Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam mempertahankan keislaman kita. Jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu syaitan bertopengkan manusia. Jangan sesekali mati kecuali tetap memegang teguh dengan agama Islam. Allah SWT berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim."
[TMQ Ali ‘Imraan [3] : 102]

"Apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala ‘ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah"

PEDOMAN MENGHADAPI MUSIBAH DAN DUGAAN HIDUP

Dugaan, Ujian dan Musibah. Inilah antara keluhan yang sering diungkapkan oleh manusia apabila diduga dengan ujian, mengapa umat islam sentiasa bersangka buruk kepada Allah s.w.t apabila di timpa satu kesusahan atau musibah. Adakah sesuatu musibah merupakan penyeksaan atau kemurkaan dari Allah? persoalan sebegini pasti bermain dalam fikiran kita termasuk diri saya sendiri.

Allah berfirman:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (2:286)

Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa:
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku).
Saat di timpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan, kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi, fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan ke satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu. Panduan Cara Islam melalui Ujian dari Allah sebagai Pedoman menghadapi Musibah dan Dugaan Hidup

Sinopsis Jutawan Muda bab 11

Keadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Ama telah dibawa ke hospital. AhJi Pasukan Zamrud II tidak dapat bersama dengan Ama di hospital kerana perlu meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Pada mulanya mereka hendak menarik dir tetapi Pak Cik Ho menghalang kerana keadaan Ama sudah stabil. Mereka harus memikirkan kepentingan negara. Mereka merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka. Memandangkan Ama telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Ama.
Semasa pusingan akhir hendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi berada di dalam bulk persalinan. Dia sedang memeriksa beg-beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia mendapati cip mikroelektronik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan Zamrud II namun dia tidak dapat mengenal pasti pemilik beg itu.
Halim muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi rnasalah yang sama, iaitu mengubah sejarah dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke mana-mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan yang dapat mengubah sejarah sehingga menyebabkan kesan paling besar di dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan mendapat hadiah RM1 juta.
Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis. Anas yang terkejut apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timur Tengah pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-cepat memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan Rusia itu dengan menghentikan proses mesin masa. Pada waktu inilah,Adeen menggunakan sepenuh kepakaran dan pengalamannya dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal in Pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai pengendali mesin Avatari dan keberanian para avatar Pasukan Zamrud
II, mereka akhirnya berjaya mematikan mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dan empat negara itu untuk mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

Sunday, 22 June 2014

Perlukah Mencari Kesempurnaan Dalam Bercinta?

Setiap manusia yang lahir di muka bumi Allah ini dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan. Sama ada luaran mahupun dalaman. Tapi manusia sekarang lebih suka membanding beza mengikut fizikal dan luaran mereka. Membezakan manusia dengan cantik luar sampaikan timbul perasaan  rendah diri. Tapi, tidakkah Syakirah bersyukur kepada Allah iaitu Syakirah telah dilahirkan sempurna?
“Jangan kerana ingin mengejar cinta yang sempurna, kita meninggalkan cinta sederhana yang membahagiakan.”
Syakirah, tidak semua lelaki melihat seseorang wanita berdasarkan rupa paras semata-mata. Dalam cinta tidak memerlukan kesempurnaan tetapi, kedua-dua insan dalam percintaan yang masing masing mempunyai kelebihan dan kelemahan masing haruslah bersama-sama melengkapi masing-masing. Ingat, tiada manusia yang sempurna. Mungkin ada tarikan sendiri yang ada pada diri Syakirah yang berjaya menawan hatinya mungkin? Siapa tahu kan?
Dalam hadits Rasulullah saw bersabda :
“Rombongan pertama yang masuk syurga wajah mereka bagaikan bulan purnama. Rombongan berikutnya bagaikan bintang dilangit yang paling terang cahayanya.” (HR. Al-Bukhori, Muslim, At-Tirmidzi)
Jadi, jangan terlalu rendah diri kalau rasa diri tak cantik, yang penting, cantik dalaman.Terimalah lamaran si dia sekirannya si dia menepati syarat seorang suami yang soleh yang dapat membimbing Syakirah.  InsyaAllah.

Cinta & Sayang Bukan Kerana Rupa

Sambil menghirup udara petang di Tasik Paramount. Sempat juga saya membuat gerakan ala-ala Tai Chi dan Qi Qong yang dipelajari. Walaupun gerakan agak sumbang, tetapi menarik perhatian seorang wanita berbangsa Cina.  Dia datang merapati saya.
“Main Qi Qong ya?. Belajar dari mana”, wanita tersebut menyapa saya.
“Ya Qi Qong. Tapi hanya biasa-biasa saja. Belajar dari bos saya di pejabat”, balas saya malu-malu kerana gerakan Qi Qong yang sumbang.
“Cuba awak buat, saya nak tengok”, balas wanita Cina itu.
“Tak apa lah puan. Saya tak pandai”, balas saya.
Sememangnya saya malu untuk menunjukkan gerakan Qi Qong yang saya lakukan kerana gerakan saya “hentam” sahaja. Gerakan yang diajar oleh Ust Hashim belum saya kuasai sepenuhnya. Saya tersenyum tersipu-sipu malu.
Wanita tersebut menceritakan serba sedikit kepada saya berkenaan Qi Qong. Menurutnya aktiviti Qi Qong elok sekiranya dilakukan dibawah pokok. Aktiviti ini berkaitan dengan pernafasan yang memerlukan oksigen yang bersih. Setiap orang mempunyai pergerakkan dan pernafasan mengikut arah sendiri samaada utara, selatan, timur atau barat.
Saya hanya mengangguk-angguk tanda faham. Kemudiannya dia mengajar saya cara yang paling ringkas iaitu bagaimana berjalan dengan kaedah senaman Qi Qong. Pergerakan tangan dan nafas yang dan kaki mengikut cara yang betul.
“Terima kasih puan”, saya mengucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu pada pagi itu.
“Umur sekarang berapa?”, saya melontarkan pertanya.
“47 tahun”, jawabnya ringkas.
Memang awet muda sungguh wanita cina ini. Walaupun sudah berumur 47 tahun, kelihatan muda seperti hujung 20-an. Raut wajahnya masih tegang tidak dimamah usia.
““Tak bawa anak-anak berjalan-jalan sekali puan”, saya menyoal wanita tersebut.
“Belum berkahwin, mana ada anak”, dia menjawab sambil ketawa.
Kemudian dia meminta diri untuk meneruskan perjalanan mengelilingi tasik sambil melakukan gerakan senaman.
“Patut nampak muda. Belum kahwin rupanya”, getus hati kecil saya.

Tidak Berkahwin Satu Fenomena
Fenomena tidak berkahwin ini berlaku kepada semua bangsa di dalam negara kita tanpa mengira agama. Bahkan seorang teman memberitahu saya, di sekolah tempatnya mengajar hampir satu per tiga guru disekolah tersebut tidak berkahwin.  Tidak kira kaum lelaki atau wanita.
Bahkan baru-baru di Facebook alumni Akademi Pengajian Islam, Prof Madya Dr Kamil Abdul Majid juga melontarkan persoalan sedemikian.
“Ada ke di kalangan kita yang nak khidmat sukarela menjadi pengerusi Khidmat mencari jodoh. Saya dapati ramai juga bekas pelajar APIUM belum kahwin walaupun dah hampir usia 30 tahun.(lelaki dan perempuan)”-  Prof Madya Dr Kamil Abdul Majid.