Wednesday, 25 February 2015

8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi

8 TIPS MENGAMBIL GAMBAR SEPERTI PAKAR FOTOGRAFI

tip fotografi tarmizishukri
Kongsi:
0
Pernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah seperti National Geographic atau yang seumpamanya (majalah Mangga tak kira), subjek dalam foto biasa je, haiwan, orang dan alam semulajadi. TETAPI kenapa mata kita boleh terkunci beberapa saat sebab ada sesuatu yang menarik pada foto tersebut.
Kadang-kadang terfikir, macam mana nak dapat gambar atau foto macam tu? Kenapa kita tak boleh hasilkan foto yang sebegitu padalah kamera dah sama. Lens pun sama. Apa yang tak cukup?

1. Komposisi

Beza orang biasa dan jurugambar adalah terletak pada komposisi. Orang biasa ambik gambar tak fikir, ambik kamera dan snap. Tapi jurugambar kena fikir mana nak letak subjek, nak ikut peraturan mana. Analisis sebelum tekan shutter.
Cara terbaik untuk belajar kompsisi ialah dengan melihat contoh gambar di internet. Contohnya kalau nak belajar “Rule of Third”, google dan tiru gambar tersebut.
Boleh baca lebih lanjut di entri Asas-Asas Komposisi.

2. Siapa Hero?

Dalam movie watak utama atau hero adalah watak yang menjadi tumpuan dalam penceritaan. Dalam foto pun sama, apa subjek utama? Siapa hero dalam gambar? Dalam movie tak boleh semua watak jadi hero (kecuali filem heroes).
So pastikan hero dalam foto korang betul2 menonjol dan tak tenggelam.
+ boleh kenal pasti siapa hero dalam gambar ni?

3. Hero Buat Apa?

Jika subjek kita benda hidup seperti manusia atau haiwan, dalam foto tu kena tunjuk apa subjek tu buat. Contohnya gambar makcik tengah jual sayur, ambik keseluruhan scene supaya ada cerita. Cerita apa? Cerita seorang makcik yang tengah jual sayur.
Elakkan ambik muka saja atau separuh badan.  Biasanya berlaku pada newbie yang masih takut ambik gambar & guna lens telephoto ambik dari jauh.

4. Mudah dan Minimalist

Cuba mudahkan jalan cerita yang cuba nak disampaikan. Foto yang baik adalah bila orang tengok sekali imbas dia tau mana subjek utama, apa yang nak diceritakan. Asingkan subjek utama dengan latar belakang dan dari unsur-unsur yang tak perlu ada.
3
+ contoh foto minimalist
Macam mana nak simplify’kan gambar? Cara paling mudah ialah guna aperture rendah (contohnya f1.8) untuk dapatkan bokeh. Ada banyak lagi cara lain, yang tu kena pergi Bengkel Asas Fotografilepas raya ni :)

5. Pelbagai Sudut

Jangan takut nak berguling-guling bila nak ambik gambar. Kadang-kadang kita kena meniarap & baring atas jalan untuk dapatkan sudut yang unik. Kalau takut nak bergelumang dengan alam, tiada apa yang membezakan foto korang dari foto amatur lain.
Orang biasa2 akan ambik gambar ikut aras mata (eye level),  tapi sebenarnnya kita boleh dapatkan foto yang lebih kreatif dengan hanya mengubah sudut kamera. Aras tanah, aras pinggang, aras dada, aras kena angkat ketiak.  Bereksperimenlah dan buat kelaian.
professional-photographer
+ biar orang kata kita gila meniarap tengah-tengah jalan

6. Pencahayaan

Perasan tak kalau movie Hollywood, kalau lighting dekat muka mesti sebelah cerah, sebelah gelap. Dalam CSI contohnya, dalam lab pun gelap, padahal lab patutnya kena terang benderang. Kenapa? Kerana pencahayaan boleh mempengaruhi mood sesuatu foto.
Pencahayaan yang “flat” adalah membosankan. Cuba buat kelainan, gunakan flash atau cahaya semula jadi untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih dramatik.

7. Langgar Peraturan (Break the Rules)

Dalam fotografi ada banyak peraturan yang kita kena follow. Tapi tak semestinya kita kena ikut. Sesuatu yang seni tidak perlu skema. Tapi nak langgar peraturan, korang kena mahir dulu peraturannya. Tak boleh langgar sesuka hati.
street-photography-streettogs-rim-light-sunset-natural-light-sidelight-byres-road-glasgow-candid-portrait-woman-hairlight-black-white-bw-mono-rob-cartwright-21
+ cahaya boleh mengubah mood sesuatu foto

8. Tapi yang paling penting…

Perkara paling paling dan paling teramat sangat maha penting dalam fotografi sehingga saya boleh katakan,”senggama semua peraturan (f**k all the rules)” adalah “moment” (Google Translate -Saat). Moment adalah kunci kenapa gambar yang kita tengok tu ada roh. Contohnya gambar wedding, gambar pose atau candid?
Saya percaya ramai yang akan pilih candid, sebab apa? Moment.
Kalau tengok gambar dalam Nat Geo, kebanyakkan memang diambil dalam “moment” yang tepat, terutama foto-foto haiwan.
Jadi kalau jumpa moment yang best, takyah fikir-fikir setting, snap je, pakai auto pun takpe sebab “moment” yang special ni berlaku sekali je, tak boleh ulang tayang.
 *******
Tips-tips di atas kebanyakkan saya korek dari sifu-sifu fotografi yang saya jumpa secara personal, bukan takat baca blog atau tengok video. Terus terang saya cakap, saya improve banyak lepas ikut tips mereka.
Satu lagi, ada saya cakap kena pakai kamera brand ini, brand itu & yang mahal-mahal? Takde kan? So guna apa saja kamera yang ada di tangan korang.
Oh ya, sebelum terlupa, atas kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Berpuasa Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ni yang masih setia ikut sejak dari entri pertama. Harap terus kunjung tanpa putus ke sini ye walaupun jarang-jarang update :D
Sumber Gambar:
loriloo.blogspot.com
echwaluphotography.wordpress.com
photo.tutsplus.com
robcartwrightphotoblog.wordpress.com

5 Makanan paling menggemukkan Malaysia.

1. Nasi Lemak.

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

Ciri Lelaki Idaman Wanita

1. Yakin Pada Diri
Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.
2. Pandai Buat Lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan teruja merindui karenahmu.
3. Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya memilih yang romantik.
4. Wang
Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.
5. Bijak
Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.
6. Sensitif.
Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.
7. Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.
8. Bijak Berdandan
Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.
# Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.

** Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawanku semua. Harini saya hendak kongsi pasal ‘benci’. Hmm, saya ni jenis yg susah benci orang. Bukan hendak memuji diri, tp inilah saya. Sekiranya ada tertimbul perasaan benci atau tidak suka, saya cepat-cepat i...

Benci! Benci! Benci!!- ceritaku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawanku semua. Harini saya hendak kongsi pasal ‘benci’. Hmm, saya ni jenis yg susah benci orang. Bukan hendak memuji diri, tp inilah saya. Sekiranya ada tertimbul perasaan benci atau tidak suka, saya cepat-cepat ingat balik kebaikan orang tu, hal tersebut sedikit sebanyak mengikis perasaan benci itu. Namun, saya juga terkadang tidak mampu lari dari perasaan tersebut. Ada juga orang yang saya kurang gemari sikapnya. Hmm, biasalah manusia. Astagfirullahalazim…
” Para penyelidik dari University of Southern California, mengatakan bahawa bergaul atau dekat dengan seseorang yang anda tidak suka akhirnya akan mempengaruhi keadaan otak seseorang. Menurut penyelidik, selama anda memerhatikan kelakuan orang lain yang berada di sekeliling anda, seperti pergerakan dan sebagainya, otak akan merakamnya. Namun, berbeza pula dengan orang yang dibenci. Apabila orang yang dibenci berada di sekitar anda, ia membuatkan proses pencerminan atau rakaman itu tidak lagi tepat. Misalnya, anda akan fikir orang itu bergerak lebih lambat daripada apa yang sebenarnya dilakukan. “
Hmmm, apabila kita melihat orang yg kita tidak suka, apa yg dia lakukan pun serba tidak kena di mata kita. Semua tampak salah, bukan? Agak menakutkan tapi inilah realiti. Bukan semua orang suka kita, namun bukan juga semua orang membenci kita. Chillax bah!
Bagi saya, rasa benci itu membuatkan hati kita hitam. Maksud saya, hati kita akan penuh dengan dendam, rasa tidak puas hati, malah kita juga amat gembira apabila orang yang dibenci itu berada dalam kesengsaraan atau tidak gembira. Kita gembira atas kejatuhan kita. Astagfirullahalazim. Hmmm, sebenarnya, perasaan tidak puas hati itulah titik mula kepada kebenciaan seseorang. Kita merasakan bahawa semua ini tidak adil, kita menjadi mangsa keadaan, dan kita juga yang dipersalahkan, orang yang sebenarnya salah pula mendapat kemenangan. Lalu, timbulnya rasa tidak puas hati. Bukan begitu?
Hmm, benci benci benci. Yang paling parah lagi, dia bawa orang lain benci kita.. Supaya ramai-ramai dapat sama-sama membenci. Amboi, semangat berpasukan nampak? Hmmm, padahal kita  tiada salah pun sama kawan-kawan dia, kenal pun tidak. Alahai ~
Kadang-kadang, orang yang membenci kita tu, sebenarnya cemburu dan dengki dengan apa yang kita ada. Dia juga ingin menjadi seperti kita, namun dia tidak mampu. Lalu, timbul rasa tidak puas hati di sana. Nampak tak permainannya? Hmm.. Tidak baik begitu…
Image
Kadang-kadang juga, keadaan yang memaksa kita utk menimbulkan rasa benci tersebut. Contohnya, ada orang yang sering cari pasal dan menyakitkan hati kita. Kita sudah cukup berdiam, namun dia tidak henti-henti menganggu ketenteraman kita. Nah, nda kau panas kah?,bak kata orang Sabah. HAHAHA. Hmmm, susah juga ni kalau ada yang suka ganggu hidup. Alahai….
KURANGNYA HUBUNGAN DENGAN ALLAH merupakan antara faktor kenapa adanya rasa benci. Untuk diri saya, mereka dan anda semua yang membaca. Untuk apa kita diciptakan? Apa guna kita dihidupkan di atas muka bumi ini andai tidak pernah cuba untuk membahagiakan Tuan Punya alam ini. Di mana rasa syukur dan sayang kita kepada Dia? Bila anda sudah jauh dari Tuhan, sudah tentu segala yang diajar, semua yang diasuh oleh ajaranNya, dengan mudah akan ditinggalkan.
Sedangkan solat 5 waktu setiap hari yang ditunaikan, juga masih tidak mampu mengelakkan kita daripada berbuat dosa, benci dan sebagainya, inikan pula terus-menerus jauh daripada mengingatinya. Justeru saudara-saudari, jagalah hubungan kita denganNya. Ingatlah Dia selalu, moga di waktu kita sempit nanti, Dia sentiasa mengingati kita.
BENCI itu hanya sekadar meruntuhkan talian silaturrahim kita sebagai saudara. Oleh itu, marilah kita sama-sama kukuhkan lagi tautan hati-hati kita. Semoga yang jauh-jauh itu dapat kita erat-eratkan. Yang dekat pula, kita rapat-rapatkan. InsyaAllah.
” Kadang-kala mudah benar kita meletakkan kebencian kepada orang. Ada yang bersebab tidak kurang juga benci tidak bersebab. Benci dengan tidak mahu bercakap atau tidak mahu melihat individu itu. Yang paling teruk dihebahkan pula kepada orang lain perihal benci itu.
Persoalannya kenapa ada benci? Kenapa perlu membenci orang lain?
Perkara yang selalu saya perhatikan ialah, rasa benci itu timbul dari pergeseran cara hidup, cara berfikir ataupun konflik pendapat. Maka disaat benci itu diistiyharkan wujud, maka segala apa yang melibatkan dua individu menjadi sukar.
Mari kita lihat perspektif orang luar yang menyaksikan pergeseran tersebut. Ramai kita mengetahui pertelingkahan itu, tapi memandang sepi untuk membantu memperbaiki keadaan. Kebanyakan kita lebih banyak mengata di belakang dari cuba menolong menjernihkan suasana.
Bagaimana jika kita di pihak orang yang dibenci. Samada perihal yang menjadi kebencian itu diketahui atau tidak. Adakah kita perlu membalas kebencian dengan kebencian. Dan membiarkan sahaja atau mempertahankan diri dengan menghebahkan keburukan orang yang membenci kita itu.
Sanggupkah kita membalas kebencian itu dengan kebaikan? Sanggupkah kita bersabar dengan tindakbalas orang yang membenci kita. Sesuatu yang mungkin sukar kita nak menerimanya atau mungkin juga memberi aib kepada kita.
Bagi saya ada dua peranan yang kita perlu usahakan. Pertama sebagai orang luar atau pihak ketiga, kita sewajarnya cuba bantu memperbaiki keadaan. Andai mereka adalah kaum keluarga, mahupun kenalan-kenalan yang rapat pastilah tanggungjawab itu jatuh pada kita. Mengambil pendekatan biar dan lihat sahaja tidak akan mendatang apa-apa hasil. Malah memburukkan lagi keadaan. Ironinya kita mahu kegembiraan itu muncul dalam hidup mereka. Bukan perasaan benci yang mengulit dan mencengkam diri.
Jika berada di pihak yang dibenci pula dan kita tahu sebab musababnya cubalah perbetulkan jika benar-benar kita di pihak yang salah. Namun sekiranya tiada sebarang sebab kita menjadi bahan kebencian, sabarlah sahaja. Perkara yang mungkin boleh kita lakukan, dengan melakukan kebaikan kepada orang yang membenci kita.
Benci. Kenapa perlu membenci orang lain? Adakah kita sebaik-baik manusia yang serba sempurna maka kita berhak meletakkan kebencian kepada siapa yang kita suka. Buanglah sikap mudah membenci orang lain. Sebab andai Tuhan mentakdirkan kebaikan kepada orang yang kita benci, maka pastilah dia lebih mulia dari kita.
Saya selalu berkata pada diri saya apalah hak saya untuk membenci orang lain, dan andai ada orang membenci saya biarlah. Tiada apa yang perlu saya risaukan. Kerana yang paling saya risau andainya saya dibenci Allah. Berlapang dadalah. Insya-Allah kesabaran dan kebaikan yang kita hulurkan melembutkan hati yang keras. “

Sejujurnya, saya pernah dibenci. Dan rasanya amat sakit. Saya juga pernah membenci (atas sebab munasabah), saya benci akan sikapnya, bukan dirinya. Namun, benci boleh saja jadi sayang. Seperti mana sayang juga dengan mudahnya boleh jadi benci.
Hmm, pernahkah kita terfikir, kadang-kala apabila melihat rakan kita cuba menegur perangai kita, timbul rasa tidak puas hati? “eleh, kau pun sama……” Sedangkan sudah menjadi tanggungjawab kita semua utk saling menegur. Lepas tu merajuk dengan dia, lama-lama jadi musuh, benci. Sedangkan dia cuba membawa kita ke jalan yang elok. Walaupun orang yang menegur itu juga sering khilaf, biasalah manusia biasa.
Belajar memaafkan kesalahan dia, mungkin rasa benci itu akan beransur hilang :) InsyaAllah.
Kesimpulannya, hindari rasa benci. Teguran ini sememangnya utk diri saya sendiri, dan juga sahabat saya yang amat saya sayangi, muah! Hehehe.
Di kesempatan ini, sekiranya saya ada melakukan apa jua kesalahan kepada kalian yang sedang membaca, maafkanlah saya. Saya juga manusia biasa, sama seperti kalian, Tidak ada yang sempurna bah. :)
Jangan benci lama-lama, nanti jadi rindu. Jeng jeng jeng….. HAHAHAHAHA.