Wednesday, 25 February 2015

** Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawanku semua. Harini saya hendak kongsi pasal ‘benci’. Hmm, saya ni jenis yg susah benci orang. Bukan hendak memuji diri, tp inilah saya. Sekiranya ada tertimbul perasaan benci atau tidak suka, saya cepat-cepat i...

Benci! Benci! Benci!!- ceritaku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawanku semua. Harini saya hendak kongsi pasal ‘benci’. Hmm, saya ni jenis yg susah benci orang. Bukan hendak memuji diri, tp inilah saya. Sekiranya ada tertimbul perasaan benci atau tidak suka, saya cepat-cepat ingat balik kebaikan orang tu, hal tersebut sedikit sebanyak mengikis perasaan benci itu. Namun, saya juga terkadang tidak mampu lari dari perasaan tersebut. Ada juga orang yang saya kurang gemari sikapnya. Hmm, biasalah manusia. Astagfirullahalazim…
” Para penyelidik dari University of Southern California, mengatakan bahawa bergaul atau dekat dengan seseorang yang anda tidak suka akhirnya akan mempengaruhi keadaan otak seseorang. Menurut penyelidik, selama anda memerhatikan kelakuan orang lain yang berada di sekeliling anda, seperti pergerakan dan sebagainya, otak akan merakamnya. Namun, berbeza pula dengan orang yang dibenci. Apabila orang yang dibenci berada di sekitar anda, ia membuatkan proses pencerminan atau rakaman itu tidak lagi tepat. Misalnya, anda akan fikir orang itu bergerak lebih lambat daripada apa yang sebenarnya dilakukan. “
Hmmm, apabila kita melihat orang yg kita tidak suka, apa yg dia lakukan pun serba tidak kena di mata kita. Semua tampak salah, bukan? Agak menakutkan tapi inilah realiti. Bukan semua orang suka kita, namun bukan juga semua orang membenci kita. Chillax bah!
Bagi saya, rasa benci itu membuatkan hati kita hitam. Maksud saya, hati kita akan penuh dengan dendam, rasa tidak puas hati, malah kita juga amat gembira apabila orang yang dibenci itu berada dalam kesengsaraan atau tidak gembira. Kita gembira atas kejatuhan kita. Astagfirullahalazim. Hmmm, sebenarnya, perasaan tidak puas hati itulah titik mula kepada kebenciaan seseorang. Kita merasakan bahawa semua ini tidak adil, kita menjadi mangsa keadaan, dan kita juga yang dipersalahkan, orang yang sebenarnya salah pula mendapat kemenangan. Lalu, timbulnya rasa tidak puas hati. Bukan begitu?
Hmm, benci benci benci. Yang paling parah lagi, dia bawa orang lain benci kita.. Supaya ramai-ramai dapat sama-sama membenci. Amboi, semangat berpasukan nampak? Hmmm, padahal kita  tiada salah pun sama kawan-kawan dia, kenal pun tidak. Alahai ~
Kadang-kadang, orang yang membenci kita tu, sebenarnya cemburu dan dengki dengan apa yang kita ada. Dia juga ingin menjadi seperti kita, namun dia tidak mampu. Lalu, timbul rasa tidak puas hati di sana. Nampak tak permainannya? Hmm.. Tidak baik begitu…
Image
Kadang-kadang juga, keadaan yang memaksa kita utk menimbulkan rasa benci tersebut. Contohnya, ada orang yang sering cari pasal dan menyakitkan hati kita. Kita sudah cukup berdiam, namun dia tidak henti-henti menganggu ketenteraman kita. Nah, nda kau panas kah?,bak kata orang Sabah. HAHAHA. Hmmm, susah juga ni kalau ada yang suka ganggu hidup. Alahai….
KURANGNYA HUBUNGAN DENGAN ALLAH merupakan antara faktor kenapa adanya rasa benci. Untuk diri saya, mereka dan anda semua yang membaca. Untuk apa kita diciptakan? Apa guna kita dihidupkan di atas muka bumi ini andai tidak pernah cuba untuk membahagiakan Tuan Punya alam ini. Di mana rasa syukur dan sayang kita kepada Dia? Bila anda sudah jauh dari Tuhan, sudah tentu segala yang diajar, semua yang diasuh oleh ajaranNya, dengan mudah akan ditinggalkan.
Sedangkan solat 5 waktu setiap hari yang ditunaikan, juga masih tidak mampu mengelakkan kita daripada berbuat dosa, benci dan sebagainya, inikan pula terus-menerus jauh daripada mengingatinya. Justeru saudara-saudari, jagalah hubungan kita denganNya. Ingatlah Dia selalu, moga di waktu kita sempit nanti, Dia sentiasa mengingati kita.
BENCI itu hanya sekadar meruntuhkan talian silaturrahim kita sebagai saudara. Oleh itu, marilah kita sama-sama kukuhkan lagi tautan hati-hati kita. Semoga yang jauh-jauh itu dapat kita erat-eratkan. Yang dekat pula, kita rapat-rapatkan. InsyaAllah.
” Kadang-kala mudah benar kita meletakkan kebencian kepada orang. Ada yang bersebab tidak kurang juga benci tidak bersebab. Benci dengan tidak mahu bercakap atau tidak mahu melihat individu itu. Yang paling teruk dihebahkan pula kepada orang lain perihal benci itu.
Persoalannya kenapa ada benci? Kenapa perlu membenci orang lain?
Perkara yang selalu saya perhatikan ialah, rasa benci itu timbul dari pergeseran cara hidup, cara berfikir ataupun konflik pendapat. Maka disaat benci itu diistiyharkan wujud, maka segala apa yang melibatkan dua individu menjadi sukar.
Mari kita lihat perspektif orang luar yang menyaksikan pergeseran tersebut. Ramai kita mengetahui pertelingkahan itu, tapi memandang sepi untuk membantu memperbaiki keadaan. Kebanyakan kita lebih banyak mengata di belakang dari cuba menolong menjernihkan suasana.
Bagaimana jika kita di pihak orang yang dibenci. Samada perihal yang menjadi kebencian itu diketahui atau tidak. Adakah kita perlu membalas kebencian dengan kebencian. Dan membiarkan sahaja atau mempertahankan diri dengan menghebahkan keburukan orang yang membenci kita itu.
Sanggupkah kita membalas kebencian itu dengan kebaikan? Sanggupkah kita bersabar dengan tindakbalas orang yang membenci kita. Sesuatu yang mungkin sukar kita nak menerimanya atau mungkin juga memberi aib kepada kita.
Bagi saya ada dua peranan yang kita perlu usahakan. Pertama sebagai orang luar atau pihak ketiga, kita sewajarnya cuba bantu memperbaiki keadaan. Andai mereka adalah kaum keluarga, mahupun kenalan-kenalan yang rapat pastilah tanggungjawab itu jatuh pada kita. Mengambil pendekatan biar dan lihat sahaja tidak akan mendatang apa-apa hasil. Malah memburukkan lagi keadaan. Ironinya kita mahu kegembiraan itu muncul dalam hidup mereka. Bukan perasaan benci yang mengulit dan mencengkam diri.
Jika berada di pihak yang dibenci pula dan kita tahu sebab musababnya cubalah perbetulkan jika benar-benar kita di pihak yang salah. Namun sekiranya tiada sebarang sebab kita menjadi bahan kebencian, sabarlah sahaja. Perkara yang mungkin boleh kita lakukan, dengan melakukan kebaikan kepada orang yang membenci kita.
Benci. Kenapa perlu membenci orang lain? Adakah kita sebaik-baik manusia yang serba sempurna maka kita berhak meletakkan kebencian kepada siapa yang kita suka. Buanglah sikap mudah membenci orang lain. Sebab andai Tuhan mentakdirkan kebaikan kepada orang yang kita benci, maka pastilah dia lebih mulia dari kita.
Saya selalu berkata pada diri saya apalah hak saya untuk membenci orang lain, dan andai ada orang membenci saya biarlah. Tiada apa yang perlu saya risaukan. Kerana yang paling saya risau andainya saya dibenci Allah. Berlapang dadalah. Insya-Allah kesabaran dan kebaikan yang kita hulurkan melembutkan hati yang keras. “

Sejujurnya, saya pernah dibenci. Dan rasanya amat sakit. Saya juga pernah membenci (atas sebab munasabah), saya benci akan sikapnya, bukan dirinya. Namun, benci boleh saja jadi sayang. Seperti mana sayang juga dengan mudahnya boleh jadi benci.
Hmm, pernahkah kita terfikir, kadang-kala apabila melihat rakan kita cuba menegur perangai kita, timbul rasa tidak puas hati? “eleh, kau pun sama……” Sedangkan sudah menjadi tanggungjawab kita semua utk saling menegur. Lepas tu merajuk dengan dia, lama-lama jadi musuh, benci. Sedangkan dia cuba membawa kita ke jalan yang elok. Walaupun orang yang menegur itu juga sering khilaf, biasalah manusia biasa.
Belajar memaafkan kesalahan dia, mungkin rasa benci itu akan beransur hilang :) InsyaAllah.
Kesimpulannya, hindari rasa benci. Teguran ini sememangnya utk diri saya sendiri, dan juga sahabat saya yang amat saya sayangi, muah! Hehehe.
Di kesempatan ini, sekiranya saya ada melakukan apa jua kesalahan kepada kalian yang sedang membaca, maafkanlah saya. Saya juga manusia biasa, sama seperti kalian, Tidak ada yang sempurna bah. :)
Jangan benci lama-lama, nanti jadi rindu. Jeng jeng jeng….. HAHAHAHAHA. 

No comments:

Post a Comment